Hi!
Kini nak mandi dengan bersih pun dah senang dah sekarang. Dengan adanya rangkaian sabun mandian AntiBakteria Aiken, Membunuh Kuman , Berbau Harum menjadi pilihan aku sekeluarga.
Penjagaan badan yang baik melibatkan
rutin mandian yang kerap dimana penggunaan mandian antibakteria memastikan kita dilindungi daripada kuman yang tidak dapat dilihat sepanjang siang dan malam. Kini badan tidak perlu lagi “berbau ubat” untuk tampil bersih dan bebas kuman.
Tentang Aiken
AIKEN adalah produk penjagaan diri
antibakteria yang telah dipercayai berkesan selama tiga dekad yang lalu dan telah
melancarkan Rangkaian Produk Mandian Antibakteria pada tahun 2013. Sejak
pengenalan itu, AIKEN memberikan pengalaman mandian antibakteria yang selesa dan
menenangkan, dipadankan dengan haruman yang memberi rasa kesegaran untuk
seluruh ahli keluarga. Rangkaian Mandian AIKEN membasmi 99.9% kuman berbahaya
untuk perlindungan 24 jam dalam setiap mandian dan sesuai untuk kegunaan sesisi
keluarga.
Rangkaian Sabun Mandi Antibakterial Baharu
Terdapat empat (4) variasi baharu Rangkaian Mandian
Antibakteria AIKEN diperkenalkan: Pertama seumpanya untuk mandian antibakteria.
Ia kaya dengan gabungan bahan – bahan semula jadi bagi melembap kulit dan
menyegarkan serta menjadikannya selamat bagi kegunaan harian. Ternyata para ibu
lebih mengetahui pilihan semula jadi yang terbaik untuk seisi keluarga!
Rasai pengalaman keajaiban oriental Yuzu & Mint, Bamboo Charcoal yang menulen, pelembapan kulit dengan Avocado & Argan Oil serta mencerahkan tona kulit dengan Sakura Leaf & Licorice Root.
Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise
Diperkaya dengan ramuan semula jadi
Limau Yuzu dan Daun Pudina (Mint), Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect
& Energise membantu memulihkan dan memberi tenaga serta mencerahkan
kulit dengan manfaat Vitamin C dari sitrus Limau Jepun Yuzu. Menurut tradisi
terdahulu, amalan turun temurun menggosok hirisan Limau Yuzu pada kulit mampu
mencerahkan kulit. Seiring dengan ramuan Daun Pudina (Mint) yang mendinginkan, Krim
Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise adalah pilihan tepat untuk kegunaan harian selepas seharian di bawah pancaran matahari..
Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify
Diperkaya
dengan arang buluh (Bamboo Charcoal) semula jadi yang membantu membersihkan kulit jauh ke dalam dengan
menyerap kekotoran dan meninggalkan kulit lebih bersih dan segar. Arang Buluh (Bamboo
Charcoal) telah terkenal dengan kebolehannya menyingkirkan bahan toksin jauh ke
dalam kulit daripada kekotoran, toksin dan radikal bebas. Krim Mandian
Antibakteria AIKEN – Protect & Purify menyerap kekotoran sedalamnya
bagi memberikan kesegaran sepanjang hari.
Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Moisturize
Diperkaya dengan dua ramuan terbaik pelembap
semula jadi: Avokado dan Minyak Argan merupakan kombinasi terbaik bagi
mengembalikan kehilangan lembapan dari kulit. Buah Avokado dikenali sebagai
ramuan yang memiliki kandungan lemak sihat yang tinggi dalam pulpa yang
dipadankan rapat dengan minyak semula jadi dalam kulit. Minyak Argan pula kaya
dengan vitamin E yang bertindak sebagai
agen penyerap untuk memberi rangsangan kulit secara semula jadi. Oleh itu,
kombinasi kedua bahan semula jadi ini merupakan ultra- pelembap bagi memberikan
sentuhan bak baldu pada kulit tanpa kesan berminyak .
Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Brightening
Gabungan Daun Sakura dan Pokok Akar
Manis (Liquorice Root) mencerahkan secara semula jadi tanpa menghakis kulit.
Ekstrak Daun Sakura mengandungi asid caffeic dan antioksidan yang mengukuhkan
keupayaan badan untuk menghindari kerosakan oksidatif pada kulit. Gabungan ini
diperkukuhkan lagi dengan Pokok Akar Manis (Liquorice Root) untuk membantu
mencegah hyperpigmentasi. Anda dapat merasakan kesan spa yang membantu
mencerahkan kulit daripada Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root).
Pengalaman mandi dengan sabun Aiken
Jujur aku katakan, memang aku suka dengan sabun mandi baharu ini. Lebih-lebih lagi, aku sebagai lelaki, memang nakkan sabun yang antibakterial setelah seharian keluar bekerja. Kalau sebelum ini, pilihan sabun mandi aku adalah Pro..., tapi sekarang aku dah beralih kepada Aiken.
Dalam empat jenis bauan yang ada, aku paling suka wangian Oriental Yuzu & Mint tu, kerana sensasi mint yang menyejukkan dan menyamankan badan. Hilang semua rasa stress bekerja.
Size dan Harga?
Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN
boleh didapati dalam dua (2) saiz, pam botol bersaiz 900gm dijual pada harga RM
18.20 setiap satu manakala pek botol isian semula 850gm dijual pada harga RM
12.30 setiap satu.
Rangkaian Krim Mandian AIKEN boleh
didapati di semua cawangan peruncit utama, pasaraya besar dan farmasi utama.
Jom kita Bersih dan Wangi dengan Aiken. Aku dah! korang bila lagi?
No comments:
Post a Comment